BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, 4 January 2012

KESAH ANAK BUJANG MAK

Semalam 03 haribulan Januari 2012(AMIRUL ABID SYAFIQ) tarikh pahit yang telah Abang catatkan buat mak. (Bagai tak cukup kepahitan yang mak harungi...) Abang adalah  satu-satunya anak lelaki yang mak ada di dunia ini. Mak akui Abanglah anak yang tak banyak kerenah dan mak bersyukur dianugerah ALLAH anak yang baik budipekerti. Tapi semalam mak benar-benar rasa hancur perasaan mak bila dah pukul 12pagi Abang masih tak balik-balik... Dalam hati mak sedih, kecewa, merana, terseksa dan takut... Takut kehilangan. Tahukah Abang betapa terseksanya mak ketika itu? Sampai pukul 2 pagi Abang tak balik-balik lagi. Macam-macam yang mak terfikir, mak tak sanggup kehilangan walau seorang pun anak-anak mak sebab anak-anak mak adalah jantung mak tau tak? Anak-anak adalah sumber kekuatan mak untuk terus berjalan mengharungi segala ranjau kehidupan. Kasih mak terlalu tinggi... Taukah Abang betapa terseksanya mak? Rasa nak tercabut nyawa mak disaat itu. Mak harap Abang takkan ulangi perkara yang sama lagi. Jika ada apa-apa hal mak merayu tolonglah usahakan supaya hubungi mak. Berjanjilah jangan buat mak risau lagi.

BERCUTI AIDIL ADHA DI KAMPUNG OPAH

















GAMBAR-GAMBAR KENANGAN AIDIL ADHA DI  RUMAH OPAH DI PERAK



GAMBAR 1                                                                                                                                     Tahun ini adalah Aidil Adha paling menyeronokkan kerana
Selama ni samaada Aidil Fitri atau Aidil Adha yang dilalui setiap tahun bagaikan hari-hari biasa bagiku. Keseronokkan ini kerana kami sekeluarga dapat meraikannya bersama dengan penuh kegembiraan dan semangat kekeluargaan. Dari kecil jika tanpa Arwah Datuk dan Nenek ianya adalah hari kelukaan bagiku. Ada keluarga nampak mesra tapi... bagai senyuman terukir tapi hati berdarah bernanah..... 
G                                                                                                                                 
GAMBAR 2,3                                                                                                                                   
FitriHana Balqis Bersama Kakak Tersayang, Nabila Balqis walau garang tapi penyayang. Kakak balik    Kampung Nenek di Nakhoda pada 5 Januari 2011, asyik tanya je walau baru beberapa minit tak jumpa. Rindu sangat dia kesian  manja mak. lq                                                                                                      


GAMBAR 4
Ini saja gambar Amirul Abid Syafiq yang ada dalam simpanan ketika di Kampung Opah. Bukan main seronok lagi Abang pasang dan tarik jaring, keseronokkan yang tak mungkin dapat dinikmati di Kuala Lumpur.


GAMBAR 5,6&7
Kegembiraan dan keseronokkan Aidil Adha ini dikongsi bersama sepupu mereka Masfarhana dan Masfauzana ( anak Mak Yong), menjelajah sungai, cari pucuk paku cuma mak mereka je tak pergi geli..... dengan pacat!                                                                                 



GAMBAR 8
OPAH (Ibu Mertuaku) ketika bersama-sama anak-anak di sungai belakang rumah di Perak.                                  

Thursday, 15 September 2011

KISAH ANAK-ANAK KESAYANGAN


12 September 2011 anak perempuan bongsu kami menukar cara pertuturannya dengan menukar apa-apa permulaan perkataan menggunakan B kepada D. Lagi hampir umurnya mencecah 3 tahun lagi macam-macam kerenahnya. Semalam pula apa-apa perkataan menggunakan abjad M kepada N dan sebaliknya dan asyik mudah menangis. Kadang-kadang tu geram juga dengan telatahnya tu. Anak Sulung perempuan kami pula, Nabila Balqis malam tadi mengemas biliknya yang kalau boleh semua nak diwarnakan 'Pink' katanya. Sebenarnya kalau dia mengemas memang cukup kreatif. Cuma kalau datang malasnya gajah pun sesat dalam bilik tu. Tapi tulah, tenang rasa fikiran bila masuk bilik dia hari ini memang kemas dan teratur kan bagus kalau selalu macam ni? Anak Sulung lelaki kami, Amirul Abid Syafiq pula, nampaknya dah bujang anak mak ni dan esok, 16hb September 2011 ni genaplah 17 tahun. HAPPY BIRTHDAY BANG. Tahun ni bakal menduduki peperiksaan SPM semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang dan dapat capai cita-cita nak jadi doktor katanya. DOA MAK SEMOGA ANAK-ANAK MAK SENTIASA SIHAT WALA'FIAT, MURAH REZEKI DAN HIDUP DIBERKATI ALLAH SETIAP MASA, BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA MASING-MASING DAN TAK PERNAH LUPAKAN MAK SETIAP MASA. AMIN.
  

Thursday, 25 August 2011

DOA BUAT ANAK-ANAK KESAYANGAN.

TERUS MELANGKAH WALAU MENAPAK
WALAU TAK BERDAYA
KERANA AMANAH, RAHMAT ILLAHI
TANGGUNGJAWAB, KASIH SAYANG....




SELAMA INI SEBELUM KEHADIRAN NURKASIHMU  
TIADA MATLAMAT HIDUP INI,
HATIKU SENDIRI KOSONG
CANGKIR NURKASIHKU SENDIRI TIDAK WUJUD...




CAHAYAMATA-CAHAYAMATAKU ITU 
ADALAH JANTUNGKU
KEKUATAN NURANIKU
PENDINDING IMAN KURNIAI ILLAHI
SUMBER KEKUATAN SEMANGATKU...




SENYUMAN MEREKA KEBAHAGIAANKU
GELAK-TAWA MEREKA KEGEMBIRAANKU
TAPI....
KESEDIHAN MEREKA MENGHANCURKAN HATIKU
TANGISAN MEREKA MEREMUKKAN PERASAAN INI




TUMPAH AIRMATA
TAK MAMPU LIMPAHI....................
TERCALAR HATI INI
TAK BERDAYA MEMENUHI KEPERLUAN......




YA ALLAH YA RAHIM YA  MUHAIMINU
HAMBAMU INI MERAYU PADAMU....
TOLONGLAH LIMPAHI... 
NURKASIH DAN NURRAHMATMU
DALAM SETIAP DETIK KEHIDUPAN
KETIGA-TIGA CAHAYAMATAKU ITU ......

Saturday, 20 August 2011

KEREDHAAN DAN DOA


Ikhlas bila diri ini kata tidak pernah berdendam dengan sesiapa walau telah dianiayai dengan hebat sangat sehingga adakalanya terasa terlalu lemah tidak berdaya untuk bangun semula...  
Cuma setiapkali dilanda musibah, penyebab keadaan sedia ada seperti taraf kehidupan :- pekerjaan, kewangan, buat hati ini menyumpah pada insan yang menjadi penyebab situasi...
MAAF!
Kerana ianya mempengaruhi keadaan hidup kini, melibatkan hidup anak-anak yang amat dikasihi, tak sanggup melihat mereka disakiti... 
Tidak pernah menyalahkan ALLAH, kerana yang buruk itu datang dari manusia itu sendiri.....
Kerana sikap diri yang suka meluahkan rasa hati, seorang kenalan mengatakan itu merungut namanya dan tidak redha...
Sebenarnya diri sentiasa redha dengan segala ujian yang datang.
Cuma memang sikap diri ini suka meluahkan isihati agar tidak membeku... 
Tapi sebagai seorang insan yang dibesarkan tanpa didikan ugama dan dibesarkan tanpa kasih sayang, Sering terjadi kala dilanda ujian ALLAH,      diri terasa terlalu tidak berdaya dan terlalu lemah dengan keadaan taraf kehidupan... 
Namun ianya INSYAALLAH tidak mampu memesongkan Akidah dan menjerumuskan diri ini ke alam kesesatan dan kehinaan                                                                                                                               Hanya Doa yang terdaya...              


Friday, 19 August 2011

POHON KEAMPUNAN

SILA CLICK GAMBAR INI
                                      ASSALAMMUALAIKUM.       


Sempena Lebaran Yang Bakal Hampiri Saya Menyusun Sepuluh Jari Memohon Keampunan Kepada Sesiapa Yang Mengenali Diri Ini Dari Segala Bentuk Kesalahan Samaada Secara sedar Atau Tidak Sengaja. Halalkan Makan Dan Minum. Ampuni Segala Tuturkata Yang Biadap Dan Menggores Perasaan Kerana Sesungguhnya Saya Ini Hanya Insan Biasa Yang Tidak Sempurna, Serba Kekurangan, Lemah iman yang Masih Dalam Usaha Memperbaiki kelemahan Diri.                                                                                                                 Akhir Kata;Selamat Menyambut LebaraN"HARI RAYA AIDIL FITRI"

Wednesday, 17 August 2011

ALHAMDULILLAH

16hbOgos2011                                                                                                                           Shukur teramat ke hadrat YARAHHIM kerana mengizinkan hambanya yang hina ini menyambut RAMADHAN semampunya ada...   Hasrat diri ini supaya anak-anak kesayangan menghadapi Ramadhan sesempurna boleh hampir tidak tercapai apabila tiba-tiba diberhentikan kerja ketika hampir tiga bulan kehadiran Ramadhan. Hancur berkecai hati ini. Sayu pilu teramat sangat. Ketika itu hanya doa mampu dilakukan setelah puas berusaha mencari kerja. ALHAMDULILLAH tanpa diduga tawaran kerja datang dua minggu sebelum bulan Jun berakhir. Dapatlah diri ini menyediakan santapan seadanya untuk anak-anak. Bahagia teramat sangat melihat anak-anak gembira makan dikala waktu berbuka telah tiba. ALHAMDULILAH...