GAMBAR 1 Tahun ini adalah Aidil Adha paling menyeronokkan kerana
Selama ni samaada Aidil Fitri atau Aidil Adha yang dilalui setiap tahun bagaikan hari-hari biasa bagiku. Keseronokkan ini kerana kami sekeluarga dapat meraikannya bersama dengan penuh kegembiraan dan semangat kekeluargaan. Dari kecil jika tanpa Arwah Datuk dan Nenek ianya adalah hari kelukaan bagiku. Ada keluarga nampak mesra tapi... bagai senyuman terukir tapi hati berdarah bernanah.....
GAMBAR 2,3
FitriHana Balqis Bersama Kakak Tersayang, Nabila Balqis walau garang tapi penyayang. Kakak balik Kampung Nenek di Nakhoda pada 5 Januari 2011, asyik tanya je walau baru beberapa minit tak jumpa. Rindu sangat dia kesian manja mak. lq
GAMBAR 4
Ini saja gambar Amirul Abid Syafiq yang ada dalam simpanan ketika di Kampung Opah. Bukan main seronok lagi Abang pasang dan tarik jaring, keseronokkan yang tak mungkin dapat dinikmati di Kuala Lumpur.
GAMBAR 8
OPAH (Ibu Mertuaku) ketika bersama-sama anak-anak di sungai belakang rumah di Perak.
GAMBAR 5,6&7
Kegembiraan dan keseronokkan Aidil Adha ini dikongsi bersama sepupu mereka Masfarhana dan Masfauzana ( anak Mak Yong), menjelajah sungai, cari pucuk paku cuma mak mereka je tak pergi geli..... dengan pacat!
GAMBAR 8
OPAH (Ibu Mertuaku) ketika bersama-sama anak-anak di sungai belakang rumah di Perak.
0 comments:
Post a Comment