Ikhlas bila diri ini kata tidak pernah berdendam dengan sesiapa walau telah dianiayai dengan hebat sangat sehingga adakalanya terasa terlalu lemah tidak berdaya untuk bangun semula...
Cuma setiapkali dilanda musibah, penyebab keadaan sedia ada seperti taraf kehidupan :- pekerjaan, kewangan, buat hati ini menyumpah pada insan yang menjadi penyebab situasi...
MAAF!
Kerana ianya mempengaruhi keadaan hidup kini, melibatkan hidup anak-anak yang amat dikasihi, tak sanggup melihat mereka disakiti...
Tidak pernah menyalahkan ALLAH, kerana yang buruk itu datang dari manusia itu sendiri.....
Kerana sikap diri yang suka meluahkan rasa hati, seorang kenalan mengatakan itu merungut namanya dan tidak redha...
Sebenarnya diri sentiasa redha dengan segala ujian yang datang.
Cuma memang sikap diri ini suka meluahkan isihati agar tidak membeku...
Tapi sebagai seorang insan yang dibesarkan tanpa didikan ugama dan dibesarkan tanpa kasih sayang, Sering terjadi kala dilanda ujian ALLAH, diri terasa terlalu tidak berdaya dan terlalu lemah dengan keadaan taraf kehidupan...
Namun ianya INSYAALLAH tidak mampu memesongkan Akidah dan menjerumuskan diri ini ke alam kesesatan dan kehinaan Hanya Doa yang terdaya...
0 comments:
Post a Comment