Tuesday, 15 May 2012
BERANGKAT SUDAH ABANG KE PLKN.
Posted by Shahdattul Ellyta at 12:57 1 comments
Wednesday, 2 May 2012
NABILA BALQIS
Sedih sebab.......
Waktu mengandungkan Nabila hati memang mudah tersentuh dan banyak pendam perasaan. Tapi lagi beberapa bulan nak bersalin kami telah berpindah ke Selayang duduk sendiri dari rumah Mak Mertua. Lahirkan Nabila sungguh senang tak payah tunggu lama sekali push aja dia dah keluar.
Kelahiran Nabila rupanya-rupanya permulaan keretakkan rumahtangga saya..... Abah Nabila kerap tak balik dari seminggu dua akhirnya terus menghilangkan diri, saya terpaksa bekerja untuk menyara kedua-dua anak saya. Kasihnya saya pada kedua-dua anak saya dari bekerja siang, saya dapatkan kerja shift malam dari pukul 10 malam ke 6 pagi semuanya kerana saya mau anak saya sentiasa rasa saya ada disisi mereka. Selepas mereka tidur baru saya pergi kerja dan Alhamdulillah anak-anak tak bangun malam jadi mereka tak pernah sedar saya tiada disisi mereka. Begitulah kasihnya saya pada mereka terutama Nabila, saya risau jika dia terbangun dan menangis rindukan saya. Pernah sekali kerana terlalu letih saya telah disamun ketika dalam perjalanan balik dan hampir dibawa lari dengan niat memperkosa dan membunuh saya beramai-ramai(ada 4 orang) tapi Alhamdulillah doa saya yang tidak sanggup kehidupan anak-anak terabai ketika itu telah dimakbulkan dengan pertolongan beberapa penduduk di Taman Perumahan berdekatan. Ketika itu hati saya hanya teringatkan anak-anak yang tinggal bersendiri....... Nabila tak banyak kerenah walau lasak. Ketika berusia lebih kurang 2 tahun pernah kehilangannya di Pasar Borong Selayang ketika itu rasa nak meletup jantung saya, terasa sakit tak terkira macam-macam perkara negatif yang mengerikan terpamer dalam fikiran. Alhamdulillah selepas mencari bagai orang gila dengan airmata yang mengalir deras bagai empangan pecah sambil tak putus-putus doa kehadrat Ilahi saya bertemu juga kembali.
Tapi sekarang semenjak dah meningkat remaja ni sikap memberontaknya semakin menjadi-jadi dan banyak buat saya menangis. Sikap suka menipu dan tak pernah nak minta maaf pada saya buat saya risau sangat. Ianya buat saya rasa tak berdaya dan sedih sebab tak mampu sekolahkan dia di sekolah agama sebab kalau dia sekolah agama tentu perangainya tak begini.
Hati saya mudah lembut andai anak-anak minta maaf dan mengaku kesilapan tapi Anak perempuan saya ini hatinya sungguh keras! Pukullah dia tak mungkin akan minta maaf.
Alangkah bagusnya jika Nabila Balqis dapat memahami isihati mak ni.......
Posted by Shahdattul Ellyta at 16:49 0 comments
Wednesday, 22 February 2012
Bawa Puteri-puteri kesayangan berseronok ke i-city
11hb Februari 2012 Sabtu jam lapan malam kami mula bertolak ke i-city. Nasib baik dapat pinjam kereta adik ipar, selalunya isteri dia pakai susah nak pinjam semenjak dah beristeri ni tu kesah lain. Ni nak cerita keseronokan kedua-dua anak perempuan kesayangan dapat berjalan... maklumlah kami memang tak mampu nak bawa anak-anak berjalan. Tapi Alhamdulillah ada rezeki lebih dapatlah bawa mereka walau pun tak dapat menikmatinya bersama sekali Abang mereka yang telah bekerja ke Selayang. Tapi tak apa sebab Abang dah pergi bersama-sama kakak saudaranya minggu terdahulu masa tu walau Nabila Balqis dan Fitrihana Balqis ikut sama tapi tak puas tu bawa lagi cuma kali ni bawa ayah mereka sekali. Bukan main gembira lagi dan puaslah Sikakak bergambar sebab masa pergi kali pertama tak banyak gambar diambil.
Posted by Shahdattul Ellyta at 13:37 0 comments
Wednesday, 15 February 2012
HATI IBU
Minggu ini kala terima SMS dari Ciku (adik ke lima), berbagai rasa menikam dikalbu ini. Sedih, pilu, sayu dan tanpa dapat ditahan airmata mengalir membasahi pipiku. Tak taulah perasaan ibu lain tapi bagi diri ini asal ada saja cerita seorang ibu lain yang kehilangan anak dengan apa cara sekalipun pasti ianya membuatkan hati ini menangis. Walau membesar tanpa kasih sayang kedua orang tua tapi kala diri ini dianugerahi ALLAH cahayamata, teramat kasih diri ini pada mereka walau perkahwinan pertama telah musnah namun tidak pernah tercalit kebencian pada kedua-dua cahayamataku itu. Malah tidak pernah luntur kasihku pada mereka walau telah dianugerahi cahayamata dengan perkahwinan kedua ini. Mungkin ada ibu lain yang membezakan kasih sayang mereka pada anak-anak mereka tapi tidak bagi diri ini kasihku samarata. Kehilangan kedua-dua anak lelakiku ketika 8 bulan hamil masih terasa kesengsaraannya lagi sehinggakan tak sanggup menziarahi kubur mereka, bimbang tak dapat menahan diri... Nantilah andai gagah hati ini pasti kuziarahi pusaramu anak-anakku. Semalam 14 februari 2012, seorang ibu telah meminta untuk photostat kad pengenalan sepasang anaknya berwarna siap laminate lagi. Seperti biasa melayan pelanggan bercerita sambil buat kerja, terbukalah cerita yang membuatkan hati ini tersentuh.... rasa sayu dan pilu. Ibu ini baru sahaja kehilangan kedua-dua anaknya itu jadi untuk menghilangkan rasa rindu pada anak-anaknya itu beliau telah membuat salinan segala dokumen kedua-dua anaknya itu. Begitulah kasih seorang ibu.... Diri ini kehilangan anak yang belum dilahirkan tapi ibu ini 17 tahun anak membesar depan mata... tapi ialah ALLAH lebih kasih pada mereka. Ini diri sendiri baru je anak pergi bercuti rumah nenek mereka di Kampung Nakhoda atau sekarang ni Si Abang bekerja dengan kakak sepupunya di berdekatan Batu Caves, asyik teringat-ingat.... perasaan seorang ibukan.Posted by Shahdattul Ellyta at 16:24 0 comments
Wednesday, 4 January 2012
KESAH ANAK BUJANG MAK
Posted by Shahdattul Ellyta at 16:48 1 comments
BERCUTI AIDIL ADHA DI KAMPUNG OPAH
GAMBAR 1 Tahun ini adalah Aidil Adha paling menyeronokkan kerana
GAMBAR 8
OPAH (Ibu Mertuaku) ketika bersama-sama anak-anak di sungai belakang rumah di Perak.
Posted by Shahdattul Ellyta at 15:11 0 comments
Thursday, 15 September 2011
KISAH ANAK-ANAK KESAYANGAN
12 September 2011 anak perempuan bongsu kami menukar cara pertuturannya dengan menukar apa-apa permulaan perkataan menggunakan B kepada D. Lagi hampir umurnya mencecah 3 tahun lagi macam-macam kerenahnya. Semalam pula apa-apa perkataan menggunakan abjad M kepada N dan sebaliknya dan asyik mudah menangis. Kadang-kadang tu geram juga dengan telatahnya tu. Anak Sulung perempuan kami pula, Nabila Balqis malam tadi mengemas biliknya yang kalau boleh semua nak diwarnakan 'Pink' katanya. Sebenarnya kalau dia mengemas memang cukup kreatif. Cuma kalau datang malasnya gajah pun sesat dalam bilik tu. Tapi tulah, tenang rasa fikiran bila masuk bilik dia hari ini memang kemas dan teratur kan bagus kalau selalu macam ni? Anak Sulung lelaki kami, Amirul Abid Syafiq pula, nampaknya dah bujang anak mak ni dan esok, 16hb September 2011 ni genaplah 17 tahun. HAPPY BIRTHDAY BANG. Tahun ni bakal menduduki peperiksaan SPM semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang dan dapat capai cita-cita nak jadi doktor katanya. DOA MAK SEMOGA ANAK-ANAK MAK SENTIASA SIHAT WALA'FIAT, MURAH REZEKI DAN HIDUP DIBERKATI ALLAH SETIAP MASA, BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA MASING-MASING DAN TAK PERNAH LUPAKAN MAK SETIAP MASA. AMIN.
Posted by Shahdattul Ellyta at 09:51 0 comments
Thursday, 25 August 2011
DOA BUAT ANAK-ANAK KESAYANGAN.
TERUS MELANGKAH WALAU MENAPAK
WALAU TAK BERDAYA
KERANA AMANAH, RAHMAT ILLAHI
TANGGUNGJAWAB, KASIH SAYANG....
SELAMA INI SEBELUM KEHADIRAN NURKASIHMU
TIADA MATLAMAT HIDUP INI,
HATIKU SENDIRI KOSONG
CANGKIR NURKASIHKU SENDIRI TIDAK WUJUD...
CAHAYAMATA-CAHAYAMATAKU ITU
ADALAH JANTUNGKU
KEKUATAN NURANIKU
PENDINDING IMAN KURNIAI ILLAHI
SUMBER KEKUATAN SEMANGATKU...
SENYUMAN MEREKA KEBAHAGIAANKU
GELAK-TAWA MEREKA KEGEMBIRAANKU
TAPI....
KESEDIHAN MEREKA MENGHANCURKAN HATIKU
TANGISAN MEREKA MEREMUKKAN PERASAAN INI
TUMPAH AIRMATA
TAK MAMPU LIMPAHI....................
TERCALAR HATI INI
TAK BERDAYA MEMENUHI KEPERLUAN......
YA ALLAH YA RAHIM YA MUHAIMINU
HAMBAMU INI MERAYU PADAMU....
TOLONGLAH LIMPAHI...
NURKASIH DAN NURRAHMATMU
DALAM SETIAP DETIK KEHIDUPAN
KETIGA-TIGA CAHAYAMATAKU ITU ......
Posted by Shahdattul Ellyta at 11:22 0 comments
Saturday, 20 August 2011
KEREDHAAN DAN DOA
Cuma setiapkali dilanda musibah, penyebab keadaan sedia ada seperti taraf kehidupan :- pekerjaan, kewangan, buat hati ini menyumpah pada insan yang menjadi penyebab situasi...
MAAF!
Kerana ianya mempengaruhi keadaan hidup kini, melibatkan hidup anak-anak yang amat dikasihi, tak sanggup melihat mereka disakiti...
Tidak pernah menyalahkan ALLAH, kerana yang buruk itu datang dari manusia itu sendiri.....
Kerana sikap diri yang suka meluahkan rasa hati, seorang kenalan mengatakan itu merungut namanya dan tidak redha...
Sebenarnya diri sentiasa redha dengan segala ujian yang datang.
Cuma memang sikap diri ini suka meluahkan isihati agar tidak membeku...
Tapi sebagai seorang insan yang dibesarkan tanpa didikan ugama dan dibesarkan tanpa kasih sayang, Sering terjadi kala dilanda ujian ALLAH, diri terasa terlalu tidak berdaya dan terlalu lemah dengan keadaan taraf kehidupan...
Namun ianya INSYAALLAH tidak mampu memesongkan Akidah dan menjerumuskan diri ini ke alam kesesatan dan kehinaan Hanya Doa yang terdaya...
Posted by Shahdattul Ellyta at 11:58 0 comments
Friday, 19 August 2011
POHON KEAMPUNAN
Sempena Lebaran Yang Bakal Hampiri Saya Menyusun Sepuluh Jari Memohon Keampunan Kepada Sesiapa Yang Mengenali Diri Ini Dari Segala Bentuk Kesalahan Samaada Secara sedar Atau Tidak Sengaja. Halalkan Makan Dan Minum. Ampuni Segala Tuturkata Yang Biadap Dan Menggores Perasaan Kerana Sesungguhnya Saya Ini Hanya Insan Biasa Yang Tidak Sempurna, Serba Kekurangan, Lemah iman yang Masih Dalam Usaha Memperbaiki kelemahan Diri. Akhir Kata;Selamat Menyambut LebaraN"HARI RAYA AIDIL FITRI"
Posted by Shahdattul Ellyta at 11:46 0 comments
Wednesday, 17 August 2011
ALHAMDULILLAH
16hbOgos2011 Shukur teramat ke hadrat YARAHHIM kerana mengizinkan hambanya yang hina ini menyambut RAMADHAN semampunya ada... Hasrat diri ini supaya anak-anak kesayangan menghadapi Ramadhan sesempurna boleh hampir tidak tercapai apabila tiba-tiba diberhentikan kerja ketika hampir tiga bulan kehadiran Ramadhan. Hancur berkecai hati ini. Sayu pilu teramat sangat. Ketika itu hanya doa mampu dilakukan setelah puas berusaha mencari kerja. ALHAMDULILLAH tanpa diduga tawaran kerja datang dua minggu sebelum bulan Jun berakhir. Dapatlah diri ini menyediakan santapan seadanya untuk anak-anak. Bahagia teramat sangat melihat anak-anak gembira makan dikala waktu berbuka telah tiba. ALHAMDULILAH...
Posted by Shahdattul Ellyta at 09:14 0 comments



























