BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 15 May 2012

BERANGKAT SUDAH ABANG KE PLKN.

03hbMei 2012 hari perpisahan sementara dengan anak lelaki kesayangan. Bukan pergi mana pun, masuk PLKN sekejap je kata para sahabat dan keluarga terdekat. Sehari sebelum hari tersebut tiba sepanjang malam tak boleh tidur risau... macam-macam yang terbayang di minda. Boleh tahanke dia dengan suasana di sana? Dapat tak sesuaikan diri? 
Dan bila hari berikut tiba sepanjang perjalanan ke stesen bas Kajang perasaan menjadi sebak dan pilu melepaskan anak buat kali pertama ke tempat jauh begitu dan dalam jangka masa yang agak lama pula. Moga sepanjang masa berada disana, pergi dan balik harap-harap berjalan lancar, AMIN.
Lega bila semalam Abid SMS kata 30hb ni balik cuti seminggu. Dapatlah lepaskan rindu....... Fitrihana pun rindu sangat dengan Abang dia, dapat dia lepaskan rindu kat Abang.           
                 
                                                     
                                      







                     
                                            







                                                                                                                                                                                           




Wednesday, 2 May 2012

NABILA BALQIS

Waktu mula hamilkan Nabila Balqis perasaan  tika itu gembira bercampur sedih. Gembira sebab dapatlah Abang waktu tu berusia 4 tahun beradik dan memang saya amat suka budak kecil, wajah mereka yang comel buat hati rasa tenang...........
Sedih sebab.......
Waktu mengandungkan Nabila hati memang mudah tersentuh dan banyak pendam perasaan. Tapi lagi beberapa bulan nak bersalin kami telah berpindah ke Selayang duduk sendiri dari rumah Mak Mertua. Lahirkan Nabila sungguh senang tak payah tunggu lama sekali push aja dia dah keluar.
 Kelahiran Nabila rupanya-rupanya permulaan keretakkan rumahtangga saya..... Abah Nabila kerap tak balik dari seminggu dua akhirnya terus menghilangkan diri, saya terpaksa bekerja untuk menyara kedua-dua anak saya. Kasihnya saya pada kedua-dua anak saya dari bekerja siang, saya dapatkan kerja shift malam dari pukul 10 malam ke 6 pagi semuanya kerana saya mau anak saya sentiasa rasa saya ada disisi mereka. Selepas mereka tidur baru saya pergi kerja dan Alhamdulillah anak-anak tak bangun malam jadi mereka tak pernah sedar saya tiada disisi mereka. Begitulah kasihnya saya pada mereka terutama Nabila, saya risau jika dia terbangun dan menangis rindukan saya. Pernah sekali kerana terlalu letih saya telah disamun ketika dalam perjalanan balik dan hampir dibawa lari dengan niat memperkosa dan membunuh saya beramai-ramai(ada 4 orang) tapi Alhamdulillah doa saya yang tidak sanggup kehidupan anak-anak terabai ketika itu telah dimakbulkan dengan pertolongan beberapa penduduk di Taman Perumahan berdekatan. Ketika itu hati saya hanya teringatkan anak-anak yang tinggal bersendiri.......                                                                                                    Nabila tak banyak kerenah walau lasak. Ketika berusia lebih kurang 2 tahun pernah kehilangannya di Pasar Borong Selayang ketika itu rasa nak meletup jantung saya, terasa sakit tak terkira macam-macam perkara negatif yang mengerikan terpamer dalam fikiran. Alhamdulillah selepas mencari bagai orang gila dengan airmata yang mengalir deras bagai empangan pecah sambil tak putus-putus doa kehadrat Ilahi saya bertemu juga kembali.
 Tapi sekarang semenjak dah meningkat remaja ni sikap memberontaknya semakin menjadi-jadi dan banyak buat saya menangis. Sikap suka menipu dan tak pernah nak minta maaf pada saya buat saya risau sangat. Ianya buat saya rasa tak berdaya dan sedih sebab tak mampu sekolahkan dia di sekolah agama sebab kalau dia sekolah agama tentu perangainya tak begini.
Hati saya mudah lembut andai anak-anak minta maaf dan mengaku kesilapan tapi Anak perempuan saya ini hatinya sungguh keras! Pukullah dia tak mungkin akan minta maaf.
Alangkah bagusnya jika Nabila Balqis dapat memahami isihati mak ni.......

Wednesday, 22 February 2012

Bawa Puteri-puteri kesayangan berseronok ke i-city



 






11hb Februari 2012 Sabtu jam lapan malam kami mula bertolak ke i-city. Nasib baik dapat pinjam kereta adik ipar, selalunya isteri dia pakai susah nak pinjam semenjak dah beristeri ni tu kesah lain. Ni nak cerita keseronokan kedua-dua anak perempuan kesayangan dapat berjalan... maklumlah kami memang tak mampu nak bawa anak-anak berjalan. Tapi Alhamdulillah ada rezeki lebih dapatlah bawa mereka walau pun tak dapat menikmatinya bersama sekali Abang mereka yang telah bekerja ke Selayang. Tapi tak apa sebab Abang dah pergi bersama-sama kakak saudaranya minggu terdahulu masa tu walau Nabila Balqis dan Fitrihana Balqis ikut sama tapi tak puas tu bawa lagi cuma kali ni bawa ayah mereka sekali. Bukan main gembira lagi dan puaslah Sikakak bergambar sebab masa pergi kali pertama tak banyak gambar diambil.

Wednesday, 15 February 2012

HATI IBU


Minggu ini kala terima SMS dari Ciku (adik ke lima), berbagai rasa menikam dikalbu ini. Sedih, pilu, sayu dan tanpa dapat ditahan airmata mengalir membasahi pipiku. Tak taulah perasaan ibu lain tapi bagi diri ini asal ada saja cerita seorang ibu lain yang kehilangan anak dengan apa cara sekalipun pasti ianya membuatkan hati ini menangis. Walau membesar tanpa kasih sayang kedua orang tua tapi kala diri ini dianugerahi ALLAH cahayamata, teramat kasih diri ini pada mereka walau perkahwinan pertama telah musnah namun tidak pernah tercalit kebencian pada kedua-dua cahayamataku itu. Malah tidak pernah luntur kasihku pada mereka walau telah dianugerahi cahayamata dengan perkahwinan kedua ini. Mungkin ada ibu lain yang membezakan kasih sayang mereka pada anak-anak mereka tapi tidak bagi diri ini kasihku samarata. Kehilangan kedua-dua anak lelakiku ketika 8 bulan hamil masih terasa kesengsaraannya lagi sehinggakan tak sanggup menziarahi kubur mereka, bimbang tak dapat menahan diri... Nantilah andai gagah hati ini pasti kuziarahi pusaramu anak-anakku. Semalam 14 februari 2012, seorang ibu telah meminta untuk photostat kad pengenalan sepasang anaknya berwarna siap laminate lagi. Seperti biasa melayan pelanggan bercerita sambil buat kerja, terbukalah cerita yang membuatkan hati ini tersentuh.... rasa sayu dan pilu. Ibu ini baru sahaja kehilangan kedua-dua anaknya itu jadi untuk menghilangkan rasa rindu pada anak-anaknya itu beliau telah membuat salinan segala dokumen kedua-dua anaknya itu. Begitulah kasih seorang ibu.... Diri ini kehilangan anak yang belum dilahirkan tapi ibu ini 17 tahun anak membesar depan mata... tapi ialah ALLAH lebih kasih pada mereka. Ini diri sendiri baru je anak pergi bercuti rumah nenek mereka di Kampung Nakhoda atau sekarang ni Si Abang bekerja dengan kakak sepupunya di berdekatan Batu Caves, asyik teringat-ingat.... perasaan seorang ibukan.

Wednesday, 4 January 2012

KESAH ANAK BUJANG MAK

Semalam 03 haribulan Januari 2012(AMIRUL ABID SYAFIQ) tarikh pahit yang telah Abang catatkan buat mak. (Bagai tak cukup kepahitan yang mak harungi...) Abang adalah  satu-satunya anak lelaki yang mak ada di dunia ini. Mak akui Abanglah anak yang tak banyak kerenah dan mak bersyukur dianugerah ALLAH anak yang baik budipekerti. Tapi semalam mak benar-benar rasa hancur perasaan mak bila dah pukul 12pagi Abang masih tak balik-balik... Dalam hati mak sedih, kecewa, merana, terseksa dan takut... Takut kehilangan. Tahukah Abang betapa terseksanya mak ketika itu? Sampai pukul 2 pagi Abang tak balik-balik lagi. Macam-macam yang mak terfikir, mak tak sanggup kehilangan walau seorang pun anak-anak mak sebab anak-anak mak adalah jantung mak tau tak? Anak-anak adalah sumber kekuatan mak untuk terus berjalan mengharungi segala ranjau kehidupan. Kasih mak terlalu tinggi... Taukah Abang betapa terseksanya mak? Rasa nak tercabut nyawa mak disaat itu. Mak harap Abang takkan ulangi perkara yang sama lagi. Jika ada apa-apa hal mak merayu tolonglah usahakan supaya hubungi mak. Berjanjilah jangan buat mak risau lagi.

BERCUTI AIDIL ADHA DI KAMPUNG OPAH

















GAMBAR-GAMBAR KENANGAN AIDIL ADHA DI  RUMAH OPAH DI PERAK



GAMBAR 1                                                                                                                                     Tahun ini adalah Aidil Adha paling menyeronokkan kerana
Selama ni samaada Aidil Fitri atau Aidil Adha yang dilalui setiap tahun bagaikan hari-hari biasa bagiku. Keseronokkan ini kerana kami sekeluarga dapat meraikannya bersama dengan penuh kegembiraan dan semangat kekeluargaan. Dari kecil jika tanpa Arwah Datuk dan Nenek ianya adalah hari kelukaan bagiku. Ada keluarga nampak mesra tapi... bagai senyuman terukir tapi hati berdarah bernanah..... 
G                                                                                                                                 
GAMBAR 2,3                                                                                                                                   
FitriHana Balqis Bersama Kakak Tersayang, Nabila Balqis walau garang tapi penyayang. Kakak balik    Kampung Nenek di Nakhoda pada 5 Januari 2011, asyik tanya je walau baru beberapa minit tak jumpa. Rindu sangat dia kesian  manja mak. lq                                                                                                      


GAMBAR 4
Ini saja gambar Amirul Abid Syafiq yang ada dalam simpanan ketika di Kampung Opah. Bukan main seronok lagi Abang pasang dan tarik jaring, keseronokkan yang tak mungkin dapat dinikmati di Kuala Lumpur.


GAMBAR 5,6&7
Kegembiraan dan keseronokkan Aidil Adha ini dikongsi bersama sepupu mereka Masfarhana dan Masfauzana ( anak Mak Yong), menjelajah sungai, cari pucuk paku cuma mak mereka je tak pergi geli..... dengan pacat!                                                                                 



GAMBAR 8
OPAH (Ibu Mertuaku) ketika bersama-sama anak-anak di sungai belakang rumah di Perak.                                  

Thursday, 15 September 2011

KISAH ANAK-ANAK KESAYANGAN


12 September 2011 anak perempuan bongsu kami menukar cara pertuturannya dengan menukar apa-apa permulaan perkataan menggunakan B kepada D. Lagi hampir umurnya mencecah 3 tahun lagi macam-macam kerenahnya. Semalam pula apa-apa perkataan menggunakan abjad M kepada N dan sebaliknya dan asyik mudah menangis. Kadang-kadang tu geram juga dengan telatahnya tu. Anak Sulung perempuan kami pula, Nabila Balqis malam tadi mengemas biliknya yang kalau boleh semua nak diwarnakan 'Pink' katanya. Sebenarnya kalau dia mengemas memang cukup kreatif. Cuma kalau datang malasnya gajah pun sesat dalam bilik tu. Tapi tulah, tenang rasa fikiran bila masuk bilik dia hari ini memang kemas dan teratur kan bagus kalau selalu macam ni? Anak Sulung lelaki kami, Amirul Abid Syafiq pula, nampaknya dah bujang anak mak ni dan esok, 16hb September 2011 ni genaplah 17 tahun. HAPPY BIRTHDAY BANG. Tahun ni bakal menduduki peperiksaan SPM semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang dan dapat capai cita-cita nak jadi doktor katanya. DOA MAK SEMOGA ANAK-ANAK MAK SENTIASA SIHAT WALA'FIAT, MURAH REZEKI DAN HIDUP DIBERKATI ALLAH SETIAP MASA, BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA MASING-MASING DAN TAK PERNAH LUPAKAN MAK SETIAP MASA. AMIN.