11hb Februari 2012 Sabtu jam lapan malam kami mula bertolak ke i-city. Nasib baik dapat pinjam kereta adik ipar, selalunya isteri dia pakai susah nak pinjam semenjak dah beristeri ni tu kesah lain. Ni nak cerita keseronokan kedua-dua anak perempuan kesayangan dapat berjalan... maklumlah kami memang tak mampu nak bawa anak-anak berjalan. Tapi Alhamdulillah ada rezeki lebih dapatlah bawa mereka walau pun tak dapat menikmatinya bersama sekali Abang mereka yang telah bekerja ke Selayang. Tapi tak apa sebab Abang dah pergi bersama-sama kakak saudaranya minggu terdahulu masa tu walau Nabila Balqis dan Fitrihana Balqis ikut sama tapi tak puas tu bawa lagi cuma kali ni bawa ayah mereka sekali. Bukan main gembira lagi dan puaslah Sikakak bergambar sebab masa pergi kali pertama tak banyak gambar diambil.
Wednesday, 22 February 2012
Bawa Puteri-puteri kesayangan berseronok ke i-city

Posted by Shahdattul Ellyta at 13:37 0 comments
Wednesday, 15 February 2012
HATI IBU
Minggu ini kala terima SMS dari Ciku (adik ke lima), berbagai rasa menikam dikalbu ini. Sedih, pilu, sayu dan tanpa dapat ditahan airmata mengalir membasahi pipiku. Tak taulah perasaan ibu lain tapi bagi diri ini asal ada saja cerita seorang ibu lain yang kehilangan anak dengan apa cara sekalipun pasti ianya membuatkan hati ini menangis. Walau membesar tanpa kasih sayang kedua orang tua tapi kala diri ini dianugerahi ALLAH cahayamata, teramat kasih diri ini pada mereka walau perkahwinan pertama telah musnah namun tidak pernah tercalit kebencian pada kedua-dua cahayamataku itu. Malah tidak pernah luntur kasihku pada mereka walau telah dianugerahi cahayamata dengan perkahwinan kedua ini. Mungkin ada ibu lain yang membezakan kasih sayang mereka pada anak-anak mereka tapi tidak bagi diri ini kasihku samarata. Kehilangan kedua-dua anak lelakiku ketika 8 bulan hamil masih terasa kesengsaraannya lagi sehinggakan tak sanggup menziarahi kubur mereka, bimbang tak dapat menahan diri... Nantilah andai gagah hati ini pasti kuziarahi pusaramu anak-anakku. Semalam 14 februari 2012, seorang ibu telah meminta untuk photostat kad pengenalan sepasang anaknya berwarna siap laminate lagi. Seperti biasa melayan pelanggan bercerita sambil buat kerja, terbukalah cerita yang membuatkan hati ini tersentuh.... rasa sayu dan pilu. Ibu ini baru sahaja kehilangan kedua-dua anaknya itu jadi untuk menghilangkan rasa rindu pada anak-anaknya itu beliau telah membuat salinan segala dokumen kedua-dua anaknya itu. Begitulah kasih seorang ibu.... Diri ini kehilangan anak yang belum dilahirkan tapi ibu ini 17 tahun anak membesar depan mata... tapi ialah ALLAH lebih kasih pada mereka. Ini diri sendiri baru je anak pergi bercuti rumah nenek mereka di Kampung Nakhoda atau sekarang ni Si Abang bekerja dengan kakak sepupunya di berdekatan Batu Caves, asyik teringat-ingat.... perasaan seorang ibukan.
Posted by Shahdattul Ellyta at 16:24 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)